PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Perancangan dan Persediaan Mengajar
1. Pengertian konsep pengajaran
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik.
2. Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaranPerancangan perlu dilakukan untuk
• memenuhi masa yang diperuntukan
• menepati kehendak objektif/matlamat
• berkesan sepanjang waktu pengajaran
• menarik perhatian dan tidak membosankan
3. Objektif pengajaran
Objektif boleh dalam bentuk:
- Objektif implisit
a) memahami
b) atau mengetahui
c) atau menghargai sesuatu yang telah diajar
- Objektif eksplisit
a) menyenaraikan
b) atau menjelaskan
c) atau memberikan contoh
d) atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan
4. Buku rekod mengajar
Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :
- Rancangan Pelajaran Tahunan
-Butiran yang perlu ada ialah :
a)Mata pelajaran
b)Tingkatan
c)Minggu
d)Tajuk/isi
e)Objektif
f)Kemahiran
g)Nilai dan
h)bahan bantuan mengajar
- Rancangan Pelajaran Harian
-Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
-Butiran yang perlu ada ialah :
a) Hari dan tarikh
b) Mata pelajaran dan tingkatan
c) Masa
d) Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
e) Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi
Buku rekod pengajaran (BRP) menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak:
• sekolah
• PPD
• JPN
• dan jemaah nazir sekolah
Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.
Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer
Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan) 1997 (P.U.A.531)
0 comments:
Post a Comment