Majlis Restu Ilmu pelajar PMR




semoga cemerlang dalam PMR.Amin



SPI Bil.3/1999 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Seksyen 18 Akta 550

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perancangan dan Persediaan Mengajar


1. Pengertian konsep pengajaran

Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik.

2. Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaranPerancangan perlu dilakukan untuk


• memenuhi masa yang diperuntukan
• menepati kehendak objektif/matlamat
• berkesan sepanjang waktu pengajaran
• menarik perhatian dan tidak membosankan


3. Objektif pengajaran
Objektif boleh dalam bentuk:

  • Objektif implisit
-melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
a) memahami
b) atau mengetahui
c) atau menghargai sesuatu yang telah diajar
  • Objektif eksplisit
- melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :
a) menyenaraikan
b) atau menjelaskan
c) atau memberikan contoh
d) atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan

4. Buku rekod mengajar

Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :

  • Rancangan Pelajaran Tahunan
-Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan penjaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.
-Butiran yang perlu ada ialah :
a)Mata pelajaran
b)Tingkatan
c)Minggu
d)Tajuk/isi
e)Objektif
f)Kemahiran
g)Nilai dan
h)bahan bantuan mengajar

  • Rancangan Pelajaran Harian

-Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
-Butiran yang perlu ada ialah :
a) Hari dan tarikh
b) Mata pelajaran dan tingkatan
c) Masa
d) Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
e) Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi


Buku rekod pengajaran (BRP) menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak:
• sekolah
• PPD
• JPN
• dan jemaah nazir sekolah


Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.


Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer
Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan) 1997 (P.U.A.531)

Peraturan Pendidikan Kurikulum Kebangsaan

Penyediaan Rekod P&P

Perkampungan Ilmu PMR 2009

Tarikh:
1 Ogos 2009, 8 Ogos 2009, 15 Ogos 2009 & 16 Ogos 2009.
Masa:
7.30 pagi - 4.30 petang
Diharapkan semua pelajar tingkatan 3 hadir demi meningkatkan prestasi dan pencapaian anda dalam peperiksaan percubaan dan PMR nanti. Kerjasama ibu bapa atau penjaga dan guru amatlah diperlukan.
Sila hubungi Pn. Norma Abdul Rahman, Ketua Bidang Sains Sosial untuk maklumat lanjut.

Jom Belajar

Jom Belajar ialah program untuk pelajar tingkatan 3 dan 5. Program ini diadakan dengan tujuan menghabiskan sukatan pelajaran sebelum bulan Ogos 2009.